Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau
)
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang
dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu
dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘
sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil,
mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang
mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar
radio.
*mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama) *
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men
...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap
ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau
penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual
ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah
perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala
ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi
kawasan itu.
(c) "Kita tidak
harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya
orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki
mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls
mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja transitif
|
penyambut ( Objek )
|
Dia suka
|
membaca
|
buku
|
Jamilah
|
memukul
|
seekor ular
|
Abidin
|
menjual
|
kuih-muih
|
Ramli
|
berjalan
|
ke sekolah
|
Kereta itu
|
melanggar
|
seekor lembu
|
B. Kata Kerja Tak
Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan
yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak
kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak
kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada
benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada
benda lain.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja tak Transitif
|
keterangan
|
Kami
|
mandi
|
di tasek itu.
|
Dia
|
senyum
|
semasa berjalan
|
Saya
|
menyanyi
|
dengan kuat
|
Hassan
|
berjalan
|
ke sekolah
|
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni
tidak memerlukan objek lagi.
Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan
ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi.
(b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan
kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas
lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja
pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi
yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari,
persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis
kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri
kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja
pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat,
kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja
pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan,
kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5 Kata kerja
pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat,
dipelajari, dan dipersilakan
0 ulasan:
Catat Ulasan