RSS

...... Penulisan Bahasa Malaysia SJKC

Penulisan Bahasa Malaysia SJKC

Cara menjawab Bahagian C

Contoh-contoh ayat:

1.      Kita perlu mengamalkan sikap baik hati dengan membantu ( mangsa / orang lain / orang cacat / orang tua / orang yang susah / haiwan yang derita).
2.      Kita perlu mengamalkan sikap bersimpati terhadap orang-orang susah
3.      Kita perlu mengamalkan sikap bertimbang rasa dengan memberi tempat duduk kepada (orang tua / kanak-kanak / perempuan hamil / orang cacat).
4.      Kita perlu mengamalkan sikap prihatin terhadap masalah orang lain / keluarga.
5.      Kita perlu mengamalkan sikap pemurah / murah hati dengan memberi sesuatu/ bantuan kepada orang di sekeliling kita.
6.      Kita perlu mengamalkan sikap sedia memaafkan dengan memberi peluang kepada orang yang bersalah insaf.
7.      Kita perlu mengamalkan sikap insaf akan kesalahan diri dan berjanji tidak mengulangi kesalahan.
8.      Kita perlu mengamalkan sikap mengakui kesalahan diri apabila menyedari kesilapan diri.
9.      Kita perlu mengamalkan sikap berdikari ketika melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
10.  Kita perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan melakukan sesuatu kerja dengan baik.
11.  Kita perlu mengamalkan sikap kesopanan dengan bertegur sapa dengan orang lain.
12.  Kita perlu mengamalkan sikap ramah mesra tanpa mengira kaum dan bangsa
13.  Kita perlu mengamalkan sikap rendah diri ketika bergaul dengan orang lain.
14.  Kita perlu mengamalkan sikap hormat kepada ibu bapa / guru dengan mematuhi nasihat mereka.
15.  Kita perlu mengamalkan sikap mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.
16.  Kita perlu mengamalkan sikap menghargai masa dengan bangun awal.
17.  Kita perlu mengamalkan sikap menepati janji agar dipercayai orang lain.
18.  Kita perlu mengamalkan sikap kasih sayang / penyayang seperti menjaga (ibu bapa/ anak/ haiwan ) dengan baik.
19.  Kita perlu mengamalkan sikap sayang kepada nyawa dengan menghargai nyawa (orang lain / haiwan).
20.  Kita perlu mengamalkan sikap menjaga kebersihan persekitaran dengan tidak membuang sampah di merata tempat.
21.  Kita perlu mengamalkan sikap menjaga kebersihan diri seperti menyikat rambut.
22.  Kita perlu mengamalkan sikap menjaga kesihatan diri seperti makan sarapan pagi .
23.  Kita perlu mengamalkan sikap berani seperti mencuba tanpa berasa takut.
24.  Kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat seperti tidak membazir makanan.
25.  Kita perlu mengamalkan sikap kejujuran agar dipercayai orang lain.
26.  Kita perlu mengamalkan sikap amanah semasa menjalankan tugas.
27.  Kita perlu mengamalkan sikap ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
28.  Kita perlu mengamalkan sikap rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang.
29.  Kita perlu mengamalkan sikap tabah / yakin / sabar ketika menghadapi masalah.
30.  Kita perlu mengamalkan sikap berusaha bersungguh-sungguh / rajin berusaha untuk berjaya.
31.  Kita perlu mengamalkan sikap berazam tinggi demi kejayaan pada masa depan.
32.  Kita perlu mengamalkan sikap semangat patriotik / cintai negara kerana kita dilahirkan di negara ini.
33.  Kita perlu mengamalkan sikap bekerjasama seperti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah.
34.  Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dengan tidak bergaduh dengan adik-beradik.
35.  Kita perlu mengamalkan sikap bersopan santun dengan mengucapkan terima kasih apabila menerima (bantuan / nasihat / sumbangan / pemberian ) orang lain.
36.  Kita perlu mengamalkan sikap bersyukur apabila menerima sesuatu.
37.  Kita perlu mengamalkan sikap membalas budi kepada orang yang membuat kebaikan kepada kita.
38.  Kita perlu mengamalkan sikap mengenang budi / membalas jasa orang yang telah membantu kita.
39.  Kita perlu mengamalkan sikap semangat kejiranan kerana jiran orang yang dekat dengan kita.
40.  Kita perlu mengamalkan sikap tolong-menolong seperti membantu kawan yang dalam kesusahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

....... Senarai Amalan Baik


Senarai Amalan Baik

1)  menjaga keamanan dan keharmonian

2)  memberi penghargaan/ berterima kasih

3)  suka membantu

4)  semangat bermuafakat

5)  mendengar nasihat/ menuruti arahan dan tunjuk ajar

6)  saling mengunjungi

7)  berfikiran terbuka

8)  berusaha bersungguh-sungguh /tekun

9)  memberi salam

10)  membuat pertimbangan

11)  semangat perjuangan

12)  semangat bermasyarakat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...... Senarai Nilai Murni



 Senarai Nilai Murni

1)rajin berusaha - mengulang kaji , belajar bersungguh-sungguh

2) berdisiplin -beratur , datang awal, bangun awal

3) baik hati -membantu , menolong

4) bekerjasama - bergotong-royong , menyiapkan kerja kumpulan

5) bertimbang rasa - memberi tempat duduk kepada orang tua /wanita hamil

6) menepati masa - datang awal , tidak lewat ke sekolah

7) menghargai masa - membaca buku sementara menunggu bas/pada masa lapang

8) hormat-menghormati - memberi salam , mengucapkan selamat pagi

9) berdikari  - mengemaskan bilik tidur sendiri, membasuh kasut sendiri

10)  bertanggungjawab - menjalankan tugas dengan baik ,menyiapkan kerja rumah

11)   berkasih sayang -menyayangi, mengasihi, tidak menganiayai ,tidak mendera

12)  patuh - mendengar nasihat/ arahan/tunjuk ajar ,mengikut peraturan

13)  prihatin - mengambil berat, memberi nasihat, mengunjungi kawan yang sakit

14)  ikhlas - membantu dengan ikhlas ,tidak mengharapkan sebarang ganjaran

15)  murah hati -menderma wang /pakaian

16)  amanah - memulangkan wang baki kepada ibu, menjaga harta benda orang lain

17)  mematuhi peraturan - tidak melanggar peraturan sekolah, beratur di luar kelas

18)  menjaga kesihatan - bersukan , bersarapan, makan makanan yang berkhasiat

19)  menjaga keselamatan -berhati-hati , berwaspada

20) bersopan santun - makan dengan tertib, duduk dengan tertib

21)  berbudi bahasa/menghargai jasa - mengucapkan terima kasih

22) kejujuran - tidak berbohong,meminta izin,memulangkan barang/dompet

23)   bercita-cita tinggi/ berazam tinggi - menjadi doktor, mengubah nasib keluarga

24) berjimat-cermat -menabung,menutup suis/paip,tidak membazir wang/makanan

25) merendah diri - tidak menunjuk-nunjuk , tidak sombong/tidak hidung tinggi

26) menepati janji - berjanji , melaksanakan perjanjian , tidak meminta balik benda

27) sedia memaafkan - memaafkan orang lain

28) insaf akan kesalahan diri - menyesal , tidak mengulangi kesalahan ,meminta maaf

29) bersyukur - selamat daripada bencana alam , mendapat rezeki

30) bersimpati -  berasa kasihan , memberi makanan kepada mangsa bencana alam

31)  keyakinan diri - menjawab soalan /bertanding dengan penuh yakin

32) adil / saksama - membahagi tugasan sama rata, tidak berat sebelah

33) menghargai ilmu - pasang telinga, mencari maklumat , bertanya jika tidak faham

34) dedikasi - memberi tuisyen percuma kepada muridnya

35) bertolak ansur - tidak bergaduh

36) percaya kepada Tuhan - bersembahayang ,beragama

37) semangat patriotik - berdiri tegak semasa menyanyi lagu "Negaraku", menjaga   nama baik negara

38) sabar - tidak berebut-rebut , tidak mudah naik marah, mengajar dengan sabar

39) tabah - tidak berputus asa /kecewa

40) menjaga maruah diri - duduk dengan sopan, tidak memakai pakaian menjolok mata

41)   berwaspada/ berhati-hati - semasa menunggang basikal ,semasa melintas jalan

42) cermat - mengunci basikal/pintu rumah, tidak hilang/rosak

43) beramah mesra - mudah bergaul, bertegur sapa ,tersenyum

44) tolong-menolong - memberi bantuan kepada kawan yang lemah , saling membantu

45) peka terhadap isu-isu semasa - membaca berita dalam dan luar negara

46) peka terhadap isu alam sekitar - mengitar semula, mengasingkan bahan buangan

47) hormat kepada - ibu bapa/guru/orang tua/kawan, tidak melawan cakap

48) taat kepada -ibu bapa/negara , tidak menjatuhkan nama baik

49) sayang kepada nyawa - menyelamatkan kucing yang jatuh ke dalam longkang

50) menjaga kebersihan diri - menyikat rambut, memakai pakaian bersih

51)  menjaga kebersihan mental - tidak berfikiran negatif, tidak bercakap kasar

52) menjaga kebersihan alam sekitar - tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai

53) menghargai harta benda - tidak merosakkan harta awam/harta sendiri

54) semangat kesukanan - tidak berasa marah apabila kalah dalam pertandingan

55) kebebasan  - berhak bersuara , berhak melakukan sesuatu

56) berani - menghadapi untuk menyelesaikan masalah  , mempertahankan diri

57) mengenang budi/jasa - memberi hadiah kepada orang yang telah membantu

58)   semangat kejiranan - membantu jiran yang susah, membantu jiran menjaga rumah

59) empati - berasa sedih apabila ahli keluarga kawan baik telah meninggal dunia

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Selamat Datang ke Blog Cikgu Te...Marilah Belajar Bahasa Malaysia...Cintai Bahasa Kebangsaan Kita...
Diagonal Select - Hello Kitty 2