Strategi Jawab Soalan Bahasa Melayu
Pemahaman
SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu
menjawab soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak
memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.
Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua
diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik.
BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa
dalam bahagian tatabahasa.
Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan
perlu difahami makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai
jawapan.
Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu
menjawab soalan bahagian tatabahasa.
A. Faham
Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan
jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak
memahami pilihan jawapan tersebut.
Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya mengagak maksud
jawapan tersebut. Tindakan ini salah kerana calon perlu berusaha memahami
maksud pilihan jawapan itu, bukan sekadar mengagak.
Biasanya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling
dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami
pilihan jawapan yang disediakan.
Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi setiap
pilihan jawapan tersebut.
Contoh soalan;
Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang
menarik.
A lincir - licin
B cekap - mampu melakukan
C pintar - pandai
D lancar - fasih
B. Baca
Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan
kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan sebeginilah yang biasanya
menjadi perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir.
Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang
menarik.
C. Kesan
Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Ini
penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan calon memilih
jawapan yang tepat.
Dalam soalan ini, klunya adalah ‘menyampaikan’ (Bulatkan perkataan
menyampaikan).
Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang
menarik.
D. Pilih
Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat
dan mengikut kehendak soalan. Oleh itu, fahamkan betul-betul kesesuaian ayat
dengan pilihan jawapan.
Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang
menarik.
Pengganggu jawapan yang hampir tepat
A lincir - licin
B cekap - mampu melakukan
C pintar - pandai
D lancar - fasih
Pilihan jawapan yang paling tepat
Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut:
* Jawab soalan yang mudah terlebih dulu.
* Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang susah.
* Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian
tatabahasa.
* Segera jawab soalan bahagian petikan.
* Baki masa perlu digunakan untuk menyemak semula jawapan.
BAHAGIAN PEMAHAMAN
Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman.
Namun begitu, setiap soalan berkait rapat dengan petikan yang disediakan.
Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan
petikan ialah:
A. Baca dan faham
Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas
itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan
menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu.
Contoh soalan:
Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya
menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor
sebagai tanda menghormati.
Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?
A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.
B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.
C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.
D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh
ghaib.
B. Cari pembayang jawapan
Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu
menggariskan klu tersebut.
Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya
menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor
sebagai tanda menghormati.
C. Penyesuaian
Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan
jawapan diberikan.
Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan)
... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan
di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula (pembayang)
D. Memilih
Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan
pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak
soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam
petikan.
Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?
A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.
B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN)
C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.
D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh
ghaib.
Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu
beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak melakukan kesilapan
merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah:
i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.
ii. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.
iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.
iv. Membuang masa dengan soalan yang susah.
v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.
vi. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.
vii. Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas
OMR.
Ingat!:
Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah tanda hitam
di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu cukup 40. Jika kurang, bermakna
ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang
ditanda dua jawapan. Oleh itu, calon perlu semak semula.
Sumber : Berita Harian (25 Ogos 2009)
5 ulasan:
Syabas, Cikgu Te.^^
Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat. Teruskan usaha ^^
Sangat berguna!Murid-murid Cikgu Te perlu berusaha bagi membalas jasa cikgu kamu:)
Amat jelas dan maklumat amat membantu until mengatasi peperiksaan ...
Jelas penerangan Dan membantu dalam peperiksaan ..
Catat Ulasan