1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
1.
Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan
dengan salah.
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau
kanak-kanak dan binatang. Contoh:
- Firdaus dihukum. Beliau ponteng
sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
- Anjing itu garang. Beliau terpaksa
dikurung. ( salah )
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3.
Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
- Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
- Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
- Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
- Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4.
Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda
dengan saya” atau “anda dengan kami”.
Orang yang diajak bercakap disertakan.
- “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
- “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
- “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
- “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5.
Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
- Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
- Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
- Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
- Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6.
Kata mereka tidak boleh diulang.
- Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
- Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7.
Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
- Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
- Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
- Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
- Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata
Bilangan
1.
Terdapat 6 jenis kata bilangan:
- Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
- Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
- Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
- Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
- Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
- Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.
Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3.
Kata para tidak boleh diulang.
- Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
- Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4.
Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan
seperti suku dan setengah
untuk penghitungan.
- dua setengah meter ( salah )
- dua suku jam ( salah )
- tiga setengah ringgit ( salah )
- dua meter setengah ( betul )
- dua jam suku ( betul )
- tiga ringgit setengah ( betul )
Penjodoh
Bilangan
1.
Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH
|
BETUL
|
setiap
orang murid
semua
orang pekerja
seluruh
buah kampung
segala
ekor binatang
sekalian orang peserta
para orang guru
|
setiap
murid
semua
pekerja
seluruh
kampung
segala
binatang
sekalian
peserta
para
guru
|
3.
Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
|
BETUL
|
beberapa
buah usul
kedua-dua
bentuk sifat
setiap
buah sumbangan
semua
buah pendapat
segala
butir cadangan
tiap-tiap
bentuk kenangan
pelbagai
bentuk teguran
|
beberapa
usul
kedua-dua
sifat
setiap
sumbangan
semua
pendapat
segala
cadangan
tiap-tiap
kenangan
pelbagai
teguran
|
Kata
Sendi
1. Kata sendi yang sering digunakan dengan
salah ialah dari dan daripada;
di dan pada; ke
dan kepada .
2.
Kata dari digunakan untuk
tempat dan waktu. Kata daripada digunakan
untuk orang, perbandingan, asal
kejadian, benda abstrak, dan untuk
menunjukkan keanggotaan.
SALAH
|
BETUL
|
Devi
datang daripada Batu Kurau.
Saya
menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely
terima surat dari Elyas
Saya
mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju
yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
Dari
5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
|
Devi
datang dari Batu Kurau.
Saya
menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely
menerima surat daripada Elyas.
Saya
mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju
yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Daripada
5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.
|
3.
Kata di digunakan untuk tempat
sahaja. Kata pada digunakan untuk masa,
orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4.
Kata ke digunakan untuk tempat, masa,
dan benda konkrit tidak bernyawa.
Kata kepada pula digunakan untuk benda
bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Kata
Kerja
1.
Ada dua jenis kata kerja:
a. kata kerja transitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2.
Kata kerja transitif terbahagi kepada:
- kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
- kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
- kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
- kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
- kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
- Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3.
Semua kata kerja transitif ( kecuali
makan, minum, minta dan mohon)
mesti berawalan men-
a. buang sampah ( salah )
membuang sampah ( betul )
membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah )
menggoreng ikan ( betul )
menggoreng ikan ( betul )
4.
Kata kerja transitif yang berapitan men…kan
dan men…i berbagai- bagai
maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Hafizuddin
memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim
mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Baginda
mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Hakim
menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
Sampah
sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
Yatie
menasihatkan saya agar rajin belajar.
|
Hafizuddin
memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim
mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda
mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim
menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah
sarap mengotori Taman Tasik Taiping.
Yatie
menasihati saya agar rajin belajar.
|
5.
Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
- Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
- Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
- Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
- Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
- Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
- Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6.
Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh
ditiadakan awalannya. Contoh:
- tanya kepada Hamidah ( salah )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat ( salah )
jangan melompat ( betul )
jangan melompat ( betul )
- senyum kepada Kartina ( salah )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
Kata
Hubung
1.
Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
- Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
- Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
- Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
2.
Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut.
Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan
jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan
di hotel.
Agar segalanya
berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok
membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak
orang yang tidak peduli.
3.
Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila
itu merupakan kata tanya.
Contoh:
·
Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
Penggunaan
Kata Yang Tidak Tepat
1.
adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk
mendapat jawapan ya atau tidak. Apakah digunakan
untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH
|
BETUL
|
Apakah
benar
kata-katamu itu?
Apakah
dia menangis?
Apakah
aku
bersalah?
|
Adakah
benar kata-katamu itu?
Adakah
dia menangis?
Adakah
aku bersalah?
|
2.
boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam
hubungan dengan keizinan.Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan
dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH
|
BETUL
|
Syimir
sudah boleh menunggang kuda.
Mazni
tidak boleh pergi kerana demam.
Kami
tidak boleh datang kerana hujan.
|
Syimir
sudah dapat menunggang kuda.
Mazni
tidak dapat pergi kerana demam.
Kami
tidak dapat datang kerana hujan.
|
3.
bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama
menjadi predikat.
Tidak
digunakan
apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.
SALAH
|
BETUL
|
Cincin
ini bukan cantik.
Kami
bukan membaca buku.
Basikal
ini bukan mahal.
Saya
bukan duduk di situ.
|
Cincin
ini tidak cantik.
Kami
tidak membaca buku.
Basikal
ini tidak mahal.
Saya
tidak duduk di situ.
|
4.
pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata
pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH
|
BETUL
|
Kawasan
pendalaman itu akan dimajukan.
Beberapa
kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman
dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.
|
Kawasan
pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa
kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam
Sungai Air Hitam akan dijalankan.
|
Kesalahan Dari Segi
Frasa
Frasa
Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1.
Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
·
pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan
sebagainya.
·
Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan
sebagainya.
·
Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan
sebagainya.
·
Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2.
Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai
kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
·
dua biji telur
·
semua murid
·
para pendidik
·
pelbagai acara
·
segala haiwan
·
sekalian penduduk
·
seluruh kawasan
3.
Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama
tidak perlu diulang. Contoh:
·
Lukisan itu cantik-cantik belaka.
·
Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
·
Ayam di situ gemuk-gemuk.
·
Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
·
Gadis di sini cantik-cantik.
·
Kuih itu sedap-sedap rasanya.
·
Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
·
Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.
4.
Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk
membentuk frasa nama dalam ayat:
·
D beerti unsur yang diterangkan
·
M beerti unsur yang menerangkan
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
lain-lain
hal
Nani
Kedai Roti
goreng
cempedak
Maggi
mi
tomato
sos
mini
bas
mini
taman
|
hal-hal
lain
Kedai
Roti Nani
cempedak
goring
mi
Maggi
sos
tomato
bas
mini
taman
mini
|
5.
Frasa Adjektif
·
Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata
adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam
ayat.
·
Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti
amat, sangat, dan paling.
·
Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi
tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Bangunan
itu tertinggi.
Nani
terpandai.
Orang
itu terkuat.
|
Bangunan
itu paling tinggi.
Nani
paling pandai.
Orang
itu paling kuat
|
·
Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata
penguat tidak diperlukan.
Contoh:
Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi
sekali di dunia. ( salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
·
Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang
kata adjektif sekali gus. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Buah
langsat ini sangat manis sekali.
Budak
itulah yang paling nakal sekali.
Sungguh
indah nian pemandangan di situ.
|
Buah
langsat ini manis sekali.
Budak
itulah yang paling nakal.
Sungguh
indah pemandangan di situ.
|
·
Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu
diperluas.Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Budak
itu tidak suka durian.
Nora
sangat takut anjing.
Nani
sangat gemar filem Hindustan.
Mereka
tidak perlu pertolongan kami.
Saya
benci sikapnya itu.
|
Budak
itu tidak suka akan durian.
Nora
sangat takut akan anjing.
Nani
sangat gemar akan filem Hindustan.
Mereka
tidak perlu akan pertolongan kami.
Saya
benci akan sikapnya itu.
|
6.
Frasa Kerja Intransitif
·
Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat
tanpa objek.
·
Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang
mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
·
Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa
nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH
|
BETUL
|
berlandaskan
pada undang-undang
berbantalkan
dengan lengan
berpandukan
pada kamus
beratapkan
dengan langit
bertilamkan
dengan rumput
|
berlandaskan
undang-undang
berbantalkan
lengan
berpandukan
kamus
beratapkan
langit
bertilamkan
rumput
|
- Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Kamu
mesti ingat janji-janjimu
Kakak
tidak mahu tidur sini.
Beliau
akan datang kampung ini.
Nani
ingin berjumpa cikgu.
Saya
ingin bertemu gadis itu.
Kami
ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
|
Kamu
mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak
tidak mahu tidur di sini.
Beliau
akan datang ke kampung ini.
Nani
ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya
ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami
ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
|
Frasa
Kerja Transitif
- Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
- Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH
|
BETUL
|
Beliau
turut menyentuh tentang perkata itu.
Nora
tidak mengetahui akan hal itu.
Kami
membincangkan tentang masalah itu.
Mereka
melebarkan lagi jalan itu.
Nani
menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen
ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.
|
Beliau
turut menyentuh perkara itu.
Nora
tidak mengetahui hal itu.
Kami
membincangkan masalah itu.
Mereka
melebarkan jalan itu lagi.
Nani
menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen
ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah.
|
Frasa
Kerja Pasif
1.
Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam
ayat pasif.
2.
Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
·
frasa kerja pasif diri pertama
·
frasa kerja pasif diri kedua
·
frasa kerja pasif diri ketiga
3.
Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja
yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri
pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
4.
Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang
tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda,
awak, kamu dan sebagainya.
5.
Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang
berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh +
frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
6.
Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa
kerja pasif diri ketiga.
SALAH
|
BETUL
|
diambil
olehku
dibuang
oleh kami
disimpan
oleh kita
dihantar
oleh saya
dilaksanakan
oleh patik
diburu
oleh hamba
|
kuambil
kami
buang
kita
simpan
saya
hantar
patik
laksanakan
hamba
buru
|
7.
Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan
bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
|
BETUL
|
ditanya
oleh anda
diberikan
oleh engkau
dibeli
oleh kamu
dikirim
oleh awak
diperintahkan
oleh tuanku
dibersihkan
oleh kalian
|
anda
Tanya
engkau
berikan
kamu
beli
awak
kirim
tuanku
perintahkan
kalian
bersihkan
|
8.
Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk
frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri
kedua.
SALAH
|
BETUL
|
beliau
tulis
dia
kumpulkan
mereka
kutip
baginda
rasmikan
ia
bersihkan
|
ditulis
oleh beliau
dikumpulkan
olehnya
dikutip
oleh mereka
dirasmikan
oleh baginda
dibersihkan
olehnya
|
8.
Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau
diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
SALAH
|
BETUL
|
kami
akan atasi
kita
perlu tolong
saya
sudah kirim
hamba
akan khabarkan
patik
belum laksanakan
anda
mesti edarkan
engkau
telah baca
kamu
akan baiki
awak
mesti siapkan
kalian
harus bereskan
|
akan
kami atasi
perlu
kita tolong
sudah
saya kirim
akan
hamba khabarkan
belum
patik laksanakan
mesti
anda edarkan
telah
engkau baca
akan
kamu baiki
mesti
awak siapkan
harus
kalian bereskan
|
KESALAHAN
DARI SEGI STRUKTUR AYAT
1.
Ayat Gabungan
·
Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal
yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani
dan Nora ke perpustakaan.
Nurul
bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
·
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal
yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Mereka
akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi?
Saya
tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai.
Baik
yang kaya atau miskin datang ke rumahnya.
Hadiah
ini untuk Izzat bukan Hazwan.
Jangankan
membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.
|
Mereka
akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?
Saya
tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.
Baik
yang kaya atau yang miskin datang
ke
rumahnya.
Hadiah
ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.
Jangankan
membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.
|
2.
Ayat Pancangan
·
Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang
salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a.
Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun
miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat
(a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i.
Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat
(b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i.
Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
·
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang
dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Rumah
itu di atas bukit tidak ada penghuninya.
Bangunan
itu yang tinggi Menara Maybank.
|
Rumah
di atas bukit itu tidak ada penghuninya.
Bangunan
yang tinggi itu Menara Maybank.
|
·
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata
hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Kami
berdoa kamu berjaya.
Semua
orang tahu dia anak Pak Hamid.
|
Kami
berdoa agar kamu berjaya.
Semua
orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.
|
3.
Ayat tergantung
·
Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
·
Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat
di belakang.
Contoh:
Contoh:
Budak
itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
·
Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat
di depan. Contoh:
Siapakah
/ gadis itu.
Itulah / teman saya.
Itulah / teman saya.
·
Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ ayat
tergantung “
·
Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata
hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan
sebagainya.
SALAH
|
BETUL
|
Di
seluruh negara mengalami banjir.
Kerana
hal itu akan dibincangkan.
Dengan
kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak
pelajar lulus dengan baik.
Ada
pihak membangkang cadangan itu.
Dia
yang datang kelmarin
Mengetahui
hal itu saya membatalkan rancangan
Kesan
kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Turut
menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah
perlu kita lakukan sekarang?
Siapa
kata saya berbohong?
Peserta-peserta
yang lulus saja akan dipilih.
Daripada
bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Mengikut
beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas.
Yang
manakah betul?
|
Seluruh
negara mengalami banjir.
Hal
itu akan dibincangkan.
Kehadiran
tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak
pelajar yang lulus dengan baik.
Ada
pihak yang membangkang cadangan itu.
Dia
datang kelmarin.
Setelah
mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.
Sebagai
kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Yang
turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah
yang perlu kita lakukan sekarang?
Siapakah
yang mengatakan bahawa saya berbohong?
Peserta-pesert
ayng lulus saja yang akan dipilih.
Bukti-bukti
ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Beliau
mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.
Yang
manakah yang betul?
|
4.
Ayat yang Tidak Betul Susunannya
·
Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam
bentuk ayat.
·
Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau
tidak baku.
Contoh:
Contoh:
Ini
hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan