Cerita
kanak-kanak tentang dua sahabat.
Di sebuah
hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai.
Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama.
Pada
suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah
tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.”
“Ya,
betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab.
Pada
petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah
pokok. Mereka basah dan kesejukan.
”Jika
kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai.
“Ya,
betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab
lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik.
Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk
membuat sarang,” kata tupai.
“Tapi bukan
sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi
cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap
sahabatnya itu.
Pada
petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat
berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti
buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.”
Arnab
yang pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok
sahajalah,” kata arnab.
5 ulasan:
Marilah murid-murid sekalian, bacakanlah cerita yang menarik!
bagus. ia dapat membantu murid-murid lagi faham daripada kata ganda ini.
tahniah cikgu...blog yg menarik dan berinformasi
Blog menarik. Teruskan usaha.
good, keep it up, friend.
Catat Ulasan