Penulisan Bahasa Malaysia SJKC
Cara menjawab Bahagian C
Contoh-contoh ayat:
1.
Kita perlu
mengamalkan sikap baik hati dengan
membantu ( mangsa / orang lain / orang cacat / orang tua / orang yang susah /
haiwan yang derita).
2.
Kita perlu
mengamalkan sikap bersimpati
terhadap orang-orang susah
3.
Kita perlu
mengamalkan sikap bertimbang rasa dengan
memberi tempat duduk kepada (orang tua / kanak-kanak / perempuan hamil / orang
cacat).
4.
Kita perlu
mengamalkan sikap prihatin terhadap
masalah orang lain / keluarga.
5.
Kita perlu
mengamalkan sikap pemurah / murah hati dengan
memberi sesuatu/ bantuan kepada orang di sekeliling kita.
6.
Kita perlu
mengamalkan sikap sedia memaafkan dengan
memberi peluang kepada orang yang bersalah insaf.
7.
Kita perlu
mengamalkan sikap insaf akan kesalahan
diri dan berjanji tidak mengulangi kesalahan.
8.
Kita perlu
mengamalkan sikap mengakui kesalahan
diri apabila menyedari kesilapan diri.
9.
Kita perlu
mengamalkan sikap berdikari ketika
melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
10. Kita perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan melakukan sesuatu kerja dengan baik.
11. Kita perlu mengamalkan sikap kesopanan dengan bertegur sapa dengan orang lain.
12. Kita perlu mengamalkan sikap ramah mesra tanpa mengira kaum dan bangsa
13. Kita perlu mengamalkan sikap rendah diri ketika bergaul dengan orang lain.
14. Kita perlu mengamalkan sikap hormat kepada ibu bapa / guru dengan mematuhi nasihat mereka.
15. Kita perlu mengamalkan sikap mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.
16. Kita perlu mengamalkan sikap menghargai masa dengan bangun awal.
17. Kita perlu mengamalkan sikap menepati janji agar dipercayai orang lain.
18. Kita perlu mengamalkan sikap kasih sayang / penyayang seperti menjaga (ibu bapa/ anak/ haiwan )
dengan baik.
19. Kita perlu mengamalkan sikap sayang kepada nyawa dengan menghargai nyawa (orang lain / haiwan).
20. Kita perlu mengamalkan sikap menjaga kebersihan persekitaran dengan tidak membuang sampah di
merata tempat.
21. Kita perlu mengamalkan sikap menjaga kebersihan diri seperti menyikat rambut.
22. Kita perlu mengamalkan sikap menjaga kesihatan diri seperti makan sarapan pagi .
23. Kita perlu mengamalkan sikap berani seperti mencuba tanpa berasa takut.
24. Kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat seperti tidak membazir makanan.
25. Kita perlu mengamalkan sikap kejujuran agar dipercayai orang lain.
26. Kita perlu mengamalkan sikap amanah semasa menjalankan tugas.
27. Kita perlu mengamalkan sikap ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
28. Kita perlu mengamalkan sikap rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang.
29. Kita perlu mengamalkan sikap tabah / yakin / sabar ketika menghadapi masalah.
30. Kita perlu mengamalkan sikap berusaha bersungguh-sungguh
/ rajin berusaha untuk berjaya.
31. Kita perlu mengamalkan sikap berazam tinggi demi kejayaan pada masa depan.
32. Kita perlu mengamalkan sikap semangat patriotik / cintai negara kerana kita dilahirkan di negara
ini.
33. Kita perlu mengamalkan sikap bekerjasama seperti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah.
34. Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dengan tidak bergaduh dengan adik-beradik.
35. Kita perlu mengamalkan sikap bersopan santun dengan mengucapkan terima kasih apabila menerima
(bantuan / nasihat / sumbangan / pemberian ) orang lain.
36. Kita perlu mengamalkan sikap bersyukur apabila menerima sesuatu.
37. Kita perlu mengamalkan sikap membalas budi kepada orang yang membuat kebaikan kepada kita.
38. Kita perlu mengamalkan sikap mengenang budi / membalas jasa orang yang telah membantu kita.
39. Kita perlu mengamalkan sikap semangat kejiranan kerana jiran orang yang dekat dengan kita.
40. Kita perlu mengamalkan sikap tolong-menolong seperti membantu kawan yang dalam kesusahan.
6 ulasan:
Good!
saya sangat suka
Tan Wei Han: bagus
Wong Si Kin : Sangat Baik
Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat. Teruskan usaha. ^^
Penerangan dan contoh yang jelas, bagus.
Catat Ulasan