RSS

...... Penulisan Bahasa Malaysia SJKC

Penulisan Bahasa Malaysia SJKC

Cara menjawab Bahagian C

Contoh-contoh ayat:

1.      Kita perlu mengamalkan sikap baik hati dengan membantu ( mangsa / orang lain / orang cacat / orang tua / orang yang susah / haiwan yang derita).
2.      Kita perlu mengamalkan sikap bersimpati terhadap orang-orang susah
3.      Kita perlu mengamalkan sikap bertimbang rasa dengan memberi tempat duduk kepada (orang tua / kanak-kanak / perempuan hamil / orang cacat).
4.      Kita perlu mengamalkan sikap prihatin terhadap masalah orang lain / keluarga.
5.      Kita perlu mengamalkan sikap pemurah / murah hati dengan memberi sesuatu/ bantuan kepada orang di sekeliling kita.
6.      Kita perlu mengamalkan sikap sedia memaafkan dengan memberi peluang kepada orang yang bersalah insaf.
7.      Kita perlu mengamalkan sikap insaf akan kesalahan diri dan berjanji tidak mengulangi kesalahan.
8.      Kita perlu mengamalkan sikap mengakui kesalahan diri apabila menyedari kesilapan diri.
9.      Kita perlu mengamalkan sikap berdikari ketika melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
10.  Kita perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan melakukan sesuatu kerja dengan baik.
11.  Kita perlu mengamalkan sikap kesopanan dengan bertegur sapa dengan orang lain.
12.  Kita perlu mengamalkan sikap ramah mesra tanpa mengira kaum dan bangsa
13.  Kita perlu mengamalkan sikap rendah diri ketika bergaul dengan orang lain.
14.  Kita perlu mengamalkan sikap hormat kepada ibu bapa / guru dengan mematuhi nasihat mereka.
15.  Kita perlu mengamalkan sikap mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.
16.  Kita perlu mengamalkan sikap menghargai masa dengan bangun awal.
17.  Kita perlu mengamalkan sikap menepati janji agar dipercayai orang lain.
18.  Kita perlu mengamalkan sikap kasih sayang / penyayang seperti menjaga (ibu bapa/ anak/ haiwan ) dengan baik.
19.  Kita perlu mengamalkan sikap sayang kepada nyawa dengan menghargai nyawa (orang lain / haiwan).
20.  Kita perlu mengamalkan sikap menjaga kebersihan persekitaran dengan tidak membuang sampah di merata tempat.
21.  Kita perlu mengamalkan sikap menjaga kebersihan diri seperti menyikat rambut.
22.  Kita perlu mengamalkan sikap menjaga kesihatan diri seperti makan sarapan pagi .
23.  Kita perlu mengamalkan sikap berani seperti mencuba tanpa berasa takut.
24.  Kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat seperti tidak membazir makanan.
25.  Kita perlu mengamalkan sikap kejujuran agar dipercayai orang lain.
26.  Kita perlu mengamalkan sikap amanah semasa menjalankan tugas.
27.  Kita perlu mengamalkan sikap ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
28.  Kita perlu mengamalkan sikap rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang.
29.  Kita perlu mengamalkan sikap tabah / yakin / sabar ketika menghadapi masalah.
30.  Kita perlu mengamalkan sikap berusaha bersungguh-sungguh / rajin berusaha untuk berjaya.
31.  Kita perlu mengamalkan sikap berazam tinggi demi kejayaan pada masa depan.
32.  Kita perlu mengamalkan sikap semangat patriotik / cintai negara kerana kita dilahirkan di negara ini.
33.  Kita perlu mengamalkan sikap bekerjasama seperti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah.
34.  Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dengan tidak bergaduh dengan adik-beradik.
35.  Kita perlu mengamalkan sikap bersopan santun dengan mengucapkan terima kasih apabila menerima (bantuan / nasihat / sumbangan / pemberian ) orang lain.
36.  Kita perlu mengamalkan sikap bersyukur apabila menerima sesuatu.
37.  Kita perlu mengamalkan sikap membalas budi kepada orang yang membuat kebaikan kepada kita.
38.  Kita perlu mengamalkan sikap mengenang budi / membalas jasa orang yang telah membantu kita.
39.  Kita perlu mengamalkan sikap semangat kejiranan kerana jiran orang yang dekat dengan kita.
40.  Kita perlu mengamalkan sikap tolong-menolong seperti membantu kawan yang dalam kesusahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good!

loong boon fei berkata...

saya sangat suka

Tanpa Nama berkata...

Tan Wei Han: bagus

Tanpa Nama berkata...

Wong Si Kin : Sangat Baik

Siew Foo D20112052869 berkata...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat. Teruskan usaha. ^^

Lee Huei Luan berkata...

Penerangan dan contoh yang jelas, bagus.

Selamat Datang ke Blog Cikgu Te...Marilah Belajar Bahasa Malaysia...Cintai Bahasa Kebangsaan Kita...
Diagonal Select - Hello Kitty 2