RSS

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA

a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan ‘kata tanya’ tetapi mestilah ada tanda tanya ( ? ). 
Betul:-Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?-Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak?
 

b. Penegas ‘kah’ tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya.
(letak di hadapan atau tengah)
 

Salah:-Semalam awak tidak hadir, mengapakah?
-Awak akan melancong ke sana, bilakah?
Betul:-Semalam awak tidak hadir, mengapa?-Mengapakah awak tidak hadir semalam?
-Awak akan melancong ke sana, bila?-Bilakah awak akan melancong ke sana?

c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat anya.
(tukar dengan menyebut ‘fungsinya’)

Salah:-Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu bagaimana anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.
Betul:-Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu punca anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

d. ‘apa’ tidak boleh digunakan untuk manusia. ‘siapa’ tidak boleh digunakan untuk binatang.
Salah:-Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?
Betul:-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan syarat telah digandakan. 

Salah:-Awak boleh bertanya apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila masa pun.
-Mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.
Betul:-Awak boleh bertanya apa-apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila-bila masa pun.
-Mana-mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

f. ‘Mengapakah’ dan ‘bagaimanakah’ lebih tepat penggunaannya daripada ‘kenapakah’ dan ‘macamanakah’. 

Betul:-Mengapakah awak tidak hadir?
(ini lebih tepat)
-Bagaimanakah awak sampai ke sini?
(ini lebih tepat)
-Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)
-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)

g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak.
Salah:-Mengapa awak tidur di lantai?
-Bila awak tiba di sini?
Betul:-Mengapakah awak tidur di lantai?
-Bilakah awak tiba di sini?




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wong Si Kin : Bagus

Selamat Datang ke Blog Cikgu Te...Marilah Belajar Bahasa Malaysia...Cintai Bahasa Kebangsaan Kita...
Diagonal Select - Hello Kitty 2